Description
Ingin Jual Keropok dari Terengganu Di Kawasan Sekitar Anda?
Anda hanya perlu beli Kit ini sahaja.. Kami akan bantu anda untuk laksanakannya..
إن شاء الله
Kelebihan Menjadi Pelanggan VIP Kami :
- Boleh buka jualan tanpa risau minima kuantiti sebab 1kg sudah boleh jual..
- Dapat stok dulu, boleh terus jual dulu, selepas jual bayar hutang. (Kredit)
- Konsep dapatkan “ready buyer” dulu supaya bola stok sampai terus boleh jual.. (Dilarang ambil stok tanpa “ready buyer” sebab nak kekalkan konsep fresh dan tidak simpan stok)
- Dapatkan pelanggan tetap dan teruskan promosi..
Contoh mahukan pendapatan RM1,500 sebulan..
Jika jual RM17/kg
Margin RM5/kg
RM1,500 / RM5 = 300kg
300kg / 30hari = 10kg sehari
10kg / 2kg = 5 orang sehari
Bermakna 150 orang sebulan
Jaga 150 baik-baik.. Mereka beli 2kg setiap bulan.. pendapatan anggaran RM1,500 sebulan..
•
Asas dalam berniaga ada 3 perkara :
1. Dapatkan pelanggan baru
2. Jaga pelanggan lama
3. Ulang tanpa henti
Pendapatan akan bertambah dari semasa ke semasa apabila Istiqamah (maksud Istiqamah ialah konsisten dan tingkatkan prestasi)
•
Kami amat galakkan Suri Rumah atau sesiapa ingin pendapatan tambahan dijemput sertai kami..
Elakkan caj penghantaran, gunakan margin keuntungan sebagai sumber pendapatan.. Supaya kita bantu pelanggan kita dapat harga yang berpatutan dan murah.. Kita juga untung..
•
Perhatian :
- Kredit diberikan tempoh 12 jam untuk bayar dari masa terima produk.. (Tak bayar, tidak boleh tempah baru)
- Kredit stok maksima 15kg sehari.. (Kredit stok mengikut budi bicara kami)
- Boleh beli pada harga istimewa seperti tertera di website, contoh keropok lekor RM12/kg (minima 1kg)
- Anda perlu ambil stok di tempat yang ditetapkan
- Untuk penghantaran ada caj tambahan mengikut kawasan
Reviews
There are no reviews yet.