Keropok Lekor Asli Terengganu

*Stok Segar (FRESH)

*Pra Tempahan dihantar seawal 3 hari

Trivia

Sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia. Keropok lekor dari Terengganu yang terkenal dan diminati ramai, seakan hanya orang Terengganu sahaja yang tahu rasa asli keropok lekor. 

Keropok Lekor

keropok lekor asli terengganu

Lekor bermaksud “Lingkar” dalam Bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan “ar” kepada “or” di akhir suku kata. Bahan untuk membuat keropok lekor adalah isi ikan laut dan campuran sagu serta garam. Ada juga yang menggunakan kanji.

Asli Terengganu

keropok lekor asli terengganu

Ramuan tersebut diuli dan digentel menjadi panjang melingkar, kemudian direbus di dalam air panas. Cuma kami ubah kepada potongan lebih kecil supaya sesuai untuk penghantaran, kualiti dan ketahanan. Nak goreng menjadi lebih mudah dan pratikal.