Keropok Lekor Terbaik Terengganu
Sedap Asli
Kami Ingin Tawarkan Penghantaran Keropok Lekor FRESH Yang Baru Lepas Dimasak Kepada Anda. Keaslian Dan Keenakkan Itulah Kepuasan Kita Bersama
Dihantar Selepas Dimasak
Tidak Guna Mesin
Kami masih mengekalkan cara tradisional untuk membentuk keropok supaya kekal keasliannya.
Dijamin Sedap
Berdasarkan kajian, hampir semua pelanggan kami kata sedap dan puas hati.
Ingin Jadi Wakil Jualan?
Mari sertai kami dengan beli secara borong
PERCUMA
Percuma Penghantaran Untuk Kawasan Yang Terpilih Sahaja.
Tentang Kami
Kami membekalkan Keropok Lekor Asli dari Terengganu ke Seluruh Semenanjung Malaysia sejak tahun 2019. Kelebihan kami adalah sistem tempahan dan logistik yang baik. Kami boleh hantar stok seperti anda beli sendiri di Terengganu kerana tidak masuk peti ais. Kami bukan produk sejuk beku. Kami hantar terus selepas di masak di Terengganu kepada anda.
Sos
Lada
Sos Lada kami adalah Rasa Asli Terengganu yang diminati ramai. Tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis. Sangat sedap dimakan bersama keropok lekor kami atau keropok lekor orang lain atau dimakan dengan cucur atau pisang goreng dan apa-apa yang sesuai dicolek.
Trivia
Sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia. Keropok lekor dari Terengganu yang terkenal dan diminati ramai, seakan hanya orang Terengganu sahaja yang tahu rasa asli keropok lekor.
Keropok Lekor
Lekor bermaksud “Lingkar” dalam Bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan “ar” kepada “or” di akhir suku kata. Bahan untuk membuat keropok lekor adalah isi ikan laut dan campuran sagu serta garam. Ada juga yang menggunakan kanji.
Asli Terengganu
Ramuan tersebut diuli dan digentel menjadi panjang melingkar, kemudian direbus di dalam air panas. Cuma kami ubah kepada potongan lebih kecil supaya sesuai untuk penghantaran, kualiti dan ketahanan. Nak goreng menjadi lebih mudah dan pratikal.
Bersama MC Nazs
Emcee Profesional untuk pelbagai acara.
Bersama Tuan Yusmi Yusof
Pemilik Excel Qhalif, Playgroup.
Bersama Tuan Eizil
Seorang Webmaster & Blogger Terkenal.
Penafian : Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar.
Citarasa individu adalah berbeza. Kami tidak menjamin anda dapat rasa sama seperti mereka.
Muhammad Fadhil
“Kuah pencicah die jahattttt…
X rugi beli…”
Akma Omar
“Selalunya Frust kalau beli kopok lekor… Yang ni Aku bagi gerenti 100% Puas Hati”
Suzyanna Mokhtar
“Memang Sedap…..
Teacher nak order lagi..”
Athirah Auji
“Sedap, masak tak meletup yang penting sekali…. Sos Terbaik.. Makan sekali nak lagi..”
Tempah
Sekarang
Klik Untuk Buat Tempahan